Saturday 12 January 2013

Solat cara Rasulullah..inshaa Allah


Kita tahu bahawa solat tu komponen yang paling penting dalam kehidupan seseorang muslim. Kn? Jadi, untuk mencapai kesempurnaan dalam solat  tu, mesti la khusyuk. Inshaa Allah. Cara Rasulullah saw solat ada dinyatakan dalam beberapa buah buku yang pernah saya baca. Sangat menarik cara buku tu menerangkan cara Rasulullah solat. Cara yang kita solat sekarang ni pun memang sudah baik, cuma mungkin kita boleh perbaiki dengan membaca buku ini bagi menambahkan pengetahuan yang mungkin kita tak pernah tahu. Kn? Ilmu Allah tu luas. Banyak yang kita tak tahu. :)

Antara isi kandungan buku ni ialah cara Rasulullah saw takbir, rukuk, sujud, bacaan lain dalam solat yang boleh digunakan selain yang kita guna. Nak kata semua la. Boleh la baca buku tu kat sini. Inshaa Allah bermanfaat. :D Cara RASULULLAH SAW Solat 

Thursday 10 January 2013


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

            Nak share sikit la...sekarang ni kalau kita "peratiiii" kan, orang lebih suka layan radio yang moden. Tak cakap salah sebab dulu pun selalu juga layan radio macam tu. terutama Hitz.fm. Memang favoruite masa tingkatan 2    macam tu. Lepas masuk U ni rasa lain pulak. Minat nak dengar radio yang berkonsepkan Islam tu lebih lagi. Walaupun kadang-kadang ada juga dengar radio-radio lain. Saja!!! haha. Tapi lebih kepada Islamic radio la. Alhamdulillah la kan. sesuatu yang baik why not diteruskan je. Untuk pembangunan insaniah. Cewah!!!

Radio la selalu aq layan sebab kat Kolej ni mana ada TV. Kat cafe ade la. Tapi tak kan nak tgk TV je p turun cafe kan. So, radio la yang selalu aq dengar. Radio IKIM. haha. Sebenarnya dah lama tau wujud radio Islamic ni.Cuma aq je buat tak tahu dan tak minat. Maklum la jiwa remaja tengah menggelodak masa tu. :)

Selalu kalau on siaran IKIM mesti akan bagi input baru kat aq. Itu yang aq rasa la. Mungkin sebab aq sangat kurang ilmu tentang Islam kan. Bagus juga macam tu. Inshaa Allah, boleh membantu kita dalam memahami apa tu Islam sebenarnya. Proses belajar akan diteruskan. Aja-aja FIGHTING!!! Chayook!

                                                      Institut Kefahaman Islam Malaysia

Wednesday 9 January 2013

Kelebihan Membaca Al Mathurat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Ramai yang tak tahu yang Al Mathurat ni sebenarnya sangat penting dlm kehidupan seharian kita. Tak lama pun nak baca dia kalau kita amalkan setiap hari. Senang je. Ayatnya sangat mudah dihafal. Inshaa Allah :)
Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.

Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur (yg berasal daripada Nabi SAW).

Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin.

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah.

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.


Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.



Kalau nak download dan letak dalam fon pun boleh. Lagi mudah nak hafal
Selamat Beramal :D

Tuesday 8 January 2013

Salah ke Tinggal Solat???

Semua orang yang mengaku beragama Islam sebenarnya sedar tentang kewajipan melakukan solat. Namun, ramai yang kesedarannya hanya bermain di hujung lidah sahaja. Tidak turun ke hati dan dizahirkan dengan perbuatan.

Maka, bukan suatu yang ganjil sekiranya kita dapati orang yang beragama Islam, namun gagal mendirikan solat. Mungkin kerana malas ataupun jahil akan akibatnya.

Sekiranya Islam itu diumpamakan sebagai rumah, maka tiang yang menjadi tunjang kepadanya ialah solat. Demikianlah perumpamaan yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW dalam menyatakan peri pentingnya solat dalam kehidupan beragama seseorang muslim.

Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. (riwayat Baihaqi)

Justeru, sesiapa yang meninggalkan solat walaupun mengerjakan ibadah-ibadah yang lain seolah-olah memiliki rumah yang indah dan mewah, tetapi tidak mempunyai tiang yang kukuh untuk menjaminnya kekal teguh.

Maka, lama-kelamaan rumah tersebut akan runtuh dan musnah menyembah bumi. Perumpamaan ini begitu signifikan sekali sekiranya dikaitkan dengan realiti masyarakat Islam yang ada pada hari ini.

Bukan sedikit yang meninggalkan solat walaupun tetap melakukan ibadah yang lain seperti menunaikan zakat dan berpuasa di bulan Ramadan.

Sebahagian mereka pula pada umumnya tidak meninggalkan solat, tetapi lalai serta alpa dalam mengerjakannya dengan kata lain suka melengah-lengahkan solat dan bersolat di akhir waktu.

Sebahagian lagi walaupun mendirikan solat namun gagal untuk menumpukan hati dengan penuh khusyuk dan tawaduk ketika melakukan solat. Solat hanya menjadi rutin biasa dalam kehidupannya tanpa memberikan kesan yang positif kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Bahkan, semakin hari mereka semakin jauh dari agama Allah SWT. Akhirnya, di atas kealpaan dan kelalaian ini, maka mereka digolongkan dalam neraka bersama dengan azab yang tidak terperi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (al-Maa’un: 4-5)

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (al-Muddathir: 43)

Meninggalkan solat merupakan dosa yang boleh menghampirkan seseorang itu dengan kekufuran. Ini adalah kerana, solat adalah penghubung seseorang hamba kepada penciptanya.

Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka terputuslah hubungan dengan Allah SWT. Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah solat. Ini dapat dilihat dari firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku. Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku. (Taha: 14)

Bahkan, ada beberapa hadis yang menyatakan bahawa seseorang itu boleh dianggap kufur sekiranya meninggalkan solat. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a menyatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dengan kufur kepada Allah, ialah solatnya yang ditinggalkan. (riwayat Muslim)

Hadis lain yang memperkatakan tentang kekufuran akibat meninggalkan solat dengan sengaja asalah: “Perjanjian antara kami dengan mereka itu adalah solat, maka sesiapa yang meninggalkannya, maka kufurlah dia”.

Namun, terdapat perbezaan pandangan di kalangan para ulama berhubung hukum meninggalkan solat dengan sengaja, sama ada kufur atau berdosa besar.

Pandangan-pandangan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

1. Golongan pertama berpandangan bahawa orang yang meninggalkan solat secara sengaja, namun tidak mengingkari tentang kewajipannya dikira sebagai berdosa besar (fasiq). Tetapi dia tidak dianggap kafir.

Sebaliknya, orang yang meninggalkan solat dalam keadaan dia menafikan kewajipannya akan dianggap sebagai kafir.

2. Golongan kedua pula berpandangan bahawa meninggalkan solat secara sengaja atau malas boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir, bukan berdosa besar.

Justeru, orang yang meninggalkan solat itu perlu untuk mengucap kalimah syahadah semula dan bertaubat dengan dosa kekufuran tersebut.

Daripada kedua-dua pandangan ini, pandangan pertama dilihat lebih tepat. Ini kerana, perkataan kufur atau kafir dalam hadis-hadis tersebut bermaksud melakukan dosa besar.

Walaupun begitu, ini bukanlah bermaksud kita boleh meninggalkan solat sewenang-wenangnya. Ia tetap dosa besar dan boleh mengundang murka daripada Allah SWT.

Solat yang ditunaikan secara sempurna seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW menjadi asas penting kepada kecemerlangan didunia dan di akhirat.

Menerusi solat seseorang itu dididik dan dilatih agar sentiasa mengingati Allah, memperbanyakkan zikir, istiqamah dengan amalan soleh, berdisiplin dengan waktu, menjauhkan kemungkaran dan sebagainya.

Pendek kata, dengan mendirikan solat dan menghayati makna di sebalik solat itu menjadi asas kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.

Free Download Al Quran mp3


Semoga bermanfaat kepada semua.. :)
klik Link utk downlod ayat2 AL-QURAN 30 JUZUK:

Hijjaz - Dia Kekasih Allah

                                                


Lirik: 

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

ASMA UL HUSNA

Recent Comments