Solat Sunat


SOLAT HAJAT

Solat Hajat boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam,/ separuh malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat • Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian • Tetapi adalah lebih baik jika dikerjakan secara bersendirian. Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah ( cara paling ringkas) ialah :

Lafaz Niat Solat Hajat :
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan Rakaatnya ialah 2
1. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
    a. Baca doa iftitah
    b. Baca Al Fatihah
    c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
    d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
3. Pada Rakaat Kedua
    a. Baca Al Fatihah
    b. Baca Surah Al Ikhlas
    c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
    d. Membaca Tahiyat Akhir
    4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :
    a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
    b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti                     
        memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll.

Hajat yang ingin dipohon hendaklah dibaca di dalam hati jika kita memohon ketika di dalam solat. Tetapi boleh melafazkan hajat selepas memberi salam dan sujud kembali.

No comments:

Post a Comment

ASMA UL HUSNA

Recent Comments