Isu Menarik

Hukum Memberi Salam Kepada Non Muslim Dan Menjawab Salam

Permasalahan hukum memberi salama kepada bukan Islam dan menjawab salam daripada mereka adalah masalah yang sering membuat orang Islam tertanya,adakah boleh kita sebagai orang Islam memberi salam kepada bukan Islam.
Hal ini kerana terdapat hadis yang sohih melarang kita memulakan salam kepada ahli kitab. Maka ia menjadi umum kepada semua orang bukan Islam kita tidak boleh memberi salam kepada mereka. Hadis ini ada sebabnya yang kita huraikan insyaallah.
Imam Al Qaradawi telah membincangkan perkara ini di dalam kitabnya yang bernilai Fikh Jihad begitu juga dengan Professor Dr Saadudin Hilali di dalam kitabnya Huququl Insan secara jelas yang boleh melegakan hati kita.
Imam Al-Qaradawi menyatakan bahawa sekumpulan ulama salaf berpendapat bahawa harus memberi salam kepada orang bukan Islam. Mereka berhujjah dengan beberpa ayat Al-Quran:


1: Terjemahan: Allah tidak melarang kamu kalian berbakti kepada mereka yang tidak memerangi dan tidak mengeluarkan kamu kalian daripada rumah-rumah kamu. Al- Muntahanah ayat8.
Di antara melakukan kebaikan adalah memberi salam kepada mereka.
2: terjemahan: (kata-kata Nabi Ibrahim kepada ayahnya walaupun dia kafir)
Selamatlah ke atas kamu, aku akan meminta ampun kepada Tuhanku untuk kamu. Maryam ayat47.

Imam Al-Qurtubi menyebutkan nama beberapa ulama salaf yang membolehkan memberi salam kepada non muslim. Di anataranya Ibnu Mas,ud,Hasan Al Basri, Nakahei, dan Umar Abdul Aziz.
Ibnu Hajar Al-asqalani menyebutkan di dalam kitabnya FathulBari bahawa Abu Umamah dan Ibnu Uyainah berpendapat sedemikian.
Abu Umamah berkata: Sesunguhnya Allah Taala menjadikan salam ini adalah untuk tahiyah(sambutan) kepada kita dan keamanan kepada orang bukan Islam(zimmi).
Adapun hadis yang melarang kita memberi salam,mengikut Imam Qaradawi,ia terbatas pada hari-hari peperangan sahaja. Ini kita boleh ketahui dengan meneliti keadaan hadis ini di mana Nabi ingin menuju ketempat yahudi, Nabi berkata “ Aku akan pergi menunggang esok menuju kegolongan yahudi,jangan mulakan mereka dengan salam” 

Kalau kita perhatikan kata-kata Nabi, ini berlaku kerana Nabi ingin menghukum mereka kerana mengkhianati Nabi di dalam peperangan Azhab.
Memberi salam ini lebih diharuskan apabila bertemu dengan sanak saudara atau sahabat handai. Begitu sekiranya pengucapan bukan dengan salam oleh kita kepada bukan Islam seperti Sobahulkhair ia tidak menjadi masalah aau dalam bahasa kita selamat pagi.
dalam masa yang sama,hukum menjawab salam juga harus sekiranya golongan bukan Islam menyebut kalimah assalamualaikum sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Al-Qayyim dan Imam Qaradawi.kalau mereka menyebut assamualaikum, cukup dengan menjawab alaikum


Melihat kepada keadaan negara kita, saya merasakan ucapan memberi salam termasuk kepada bukan Islam adalah perkara yang patut digalakkan selagi mana ia memberi kemesraan kepada mereka,kerana Islam ini adalah agama untuk semua,Allah ini Tuhan alam semesta bukan Tuhan orang-orang Islam sahaja. Wallah a’lam


Bersih Ketika Tempoh Haid

Bersih ketika tempoh haid
Perhentian darah ketika mana tempoh haid samada tempoh yang paling singkat atau banyak adalah permasalahn yang wanita selalu ditanya. Maka menjadi kewajipan mereka yang menyibukan diri dengan ilmu fikh menerangkan hukum terhadap perkara mengikut pandangan Ulama Islam agar wanita muslimah mengamalkan ajarana agamanya dengan sempurna dan sohih.
Maka dengan ini saya dengan rendah diri membicarakan masalah secara ringkas agar dapat membantu kaum wanita menjadi lebih berilmu dan memahami masalah ini.

Di dalam masalah ini terdapat dua pendapat ulama:
Perdapat pertama: Iaitu mazhab Hanafi dan Syafie yang berpendapat bahawa waktu bersih ketika tempoh haid itu adalah dianggap sebagai haid walapun ia bersih. Ini di namakan sebagai Assahbu kerana kita menjadika waktu bersih itu sebagai waktu haid. Maka wanita itu tidak solat dan tidak boleh menunaikan perkara-perkara yang terlarang ketika haid.
Pendapat kedua: iaitu mazbah Maliki secara dan Hambali berpendapat bahawa waktu bersih diwaktu haid itu adalah bersih, ia dinamakan kan talfiq.maka ketika itu dia boleh bersolat dan sebagainya, Cuma mazhab Hambali menyatakn berjimak adalah makruh. Ini kerana ketika bersih itu kotoran darah tidak ada maka ia dikira bersih maka dia perlu mandi danmenunaikan solat. Tetapi kalau bersih itu hanya beberapa ketika kurang daripada sejam, maka ia tidak di anggap bersih. Waallah alam.

Maka bagi mereka yang bermazhab Syafie maka dia tidak boleh bersolat ketika bersih ketika waktu haid sehinggalah sampai 15 hari. Tetapi sekiranya sesorang itu ingin bertaqlis kepada mazhab Hambali untuk menunaikan solat dan berpuasa maka tidak ada larangan, kerana kedua-dua mazhab ini mempuyai sandaran yang kuat. Maka tepuk dada, Tanya selera. Mudah-mudahan huraian ringkas ini dapat member ketenangan kepada mereka yang ingin jawapan di dalam masalah ini.( soalan ini di ajukan kepada saya ketika saya mendiskusikan buku fikh wanita di Maktab Perguruan Kuala Lipis,saya tak dapat secara detail, maka saya alihkan secara detail di sini kepada penuntut-penuntut ilmu di Kuala Lipis).
Sekiranya terdapat kesalahan di dalam tulisan, mudahan Allah akan ampunkan.



Isu Kelas Tafaqquh : Hukum Perempuan Menyambung atau Menanam Rambut.


Untuk kelas Tafaqquh tadi, saya risau jika ada yang salah faham berkenaan dengan hukum perempuan menyambung rambut atau menanamnya. Moga-moga artikel ini memberi pencerahan.

Secara umumnya, hukum menyambung atau menanam rambut adalah haram bagi perempuan dengan rambut perempuan lain. Terdapat 6 hadith daripada sahih Bukhari dan 17 hadith daripada sahih muslim menerangkan perharaman tersebut (Fathu Bari, syarah Sahih bukhari, Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, bab menyambung rambut, kitab libas dan Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi kitab libas dan zinah ).
Di sini dinyatakan beberapa hadith tersebut :

1.Hadith Abu Hurairah : sesungguhnya Nabi s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambut, perempuan yang melukis tatu dan meminta dilukiskan tatu ( Fathu Bari, Syarah Sahih bukhari no : 5933 ).

2.Riwayat Said bin al-Musayab: " Sesungguhnya Muawiyah telah datang ke Madinah dan berkhutbah kepada kami. Kemudian beliau mengeluarkan satu ikat rambut serta berkata: Saya tidak pernah melihat seorang pun yang mengerjakan seperti ini kecuali orang-orang Yahudi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda ini adalah dosa ( yakni perempuan yang menyambung rambut )." ( Syarah sahih muslim no: 5545. Bukhari : 5938 ).

3.Hadith riwayat Aisyah : "Seorang perempuan Ansar telah berkahwin, kemudian telah jatuh sakit sehingga gugurlah rambutnya, kemudian keluarga perempuan tersebut ingin menyambung rambutnya, tetapi sebelum itu mereka bertanya dahuulu kepada Nabi, Baginda bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang minta disambung rambutnya." ( Fathul Bari, Syarah shahih bukhari hadith no : 5934)

Selain itu juga, pengharaman tersebut turut dikaitkan dengan:
1.Unsur-unsur penipuan. Ini akan memberi kesan dalam akhlak dan muamalat manusia. Sebagai contoh sekiranya perempuan yang menyambung rambut tersebut dipinang oleh seseorang lelaki yang menganggap bahawa rambutnya adalah yang asli.

2.Unsur-unsur mengubah ciptaan Allah berdasarkan ayat ( An-Nisa’:119) : 
    Aku ( Syaitan ) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.

Perbahasan Ulama
1.Imam Malik, Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali mengharamkan penyambungan rambut dengan apa sahaja bahan samada rambut manusia, bulu haiwan ataupun lain-lain kerananya larangan tersebut adalah menyambung rambut ( Tafsir Qurtubi 3: 343, Mughni, Ibnu Qudamah 1:99, Hasyiah Thahawi 4: 186 )

2.Mazhab Syafie pula berpendapat pengharaman hanya pada rambut manusia. Selain itu juga diharamkan menyambung bukan disebabkan suami, sekiranya kerana suami dan mendapat keizinannya, maka diharuskan ( Majmu’, nawawi 3:141, Mughni Muhtaj 1:191 ).

3.Imam Laith bin Said mengharuskan sambungan dengan selain rambut manusia beralasan( Majmu’, nawawi 3:141) :

a.Tiada unsur penipuan
b.Maslahat Perempuan kepada suaminya.

4.Pendapat pensyarah kuliah Syariah Universiti Mu'tah Dr. Muhammad Said Hawa dan Prof Dr. Syuesh Mahamid mengharuskan dengan syarat :

a.Bagi wanita yang sudah berkahwin.
b.Mendapat keizinan suami.
c.Bukan daripada rambut manusia lain.

Kesimpulan.
Pendapat terpilih pada saya adalah pendapat pensyarah kuliah syariah Uni. Mu'tah dan mazhab Syafie berdasarkan hadith tersebut mempunyai illah ( sebab tertentu ) iaitu penipuan. Sekiranya dengan keizinan suami maka diharuskan demi kebahagiaan rumah tangga.

No comments:

Post a Comment

ASMA UL HUSNA

Recent Comments